Wednesday, November 3, 2010
Diari Seorang Isteri
"Apalah awak ni. lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Ni mesti ada benda yang tak elok awak buat, itulah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.
Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi bayinya tidak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran
"Come on Nisa you can do it, once more." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar.
"Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.
Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya.
"Nisa you got twin, a boy and a girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa.
"Tahniah Zakri, it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri.
Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pula. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania. Nisa berasa lega tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati. Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.
Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung. Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung. Nisa dah 2 bulan, Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa pula tidak tahu nak cakap apa.
Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa.
"Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Kenapa bang?" soal Nisa pada Zakri.
"Kaulah penyebabnya. Tak payah nak tunjuk baik pula" Zakri menempelak Nisa.
"Jantan mana yang kau layan dalam pejabat kau tu" sergah Zakri lagi.
"Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yang bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah takkan Nisa nak buat jahat dengan orang lain pula Bang?” terang Nisa pada Zakri.
"ALLAH dah bagi kita rezeki awal, tak baik cakap macam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur.
Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dadanya. Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Nisa, kawan baik dengan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadit tahu? Apatah lagi macam kau ni, tahu tak. Kawan kau lama tu yang sepejabat dengan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri.
"Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh, teruk. Nasib akulah dapat bini macam engkau ni." kutuk Zakri lagi pada Nisa.
"Bawa mengucap bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni, saya bukan jenis macam tu. Saya tahu akan halal haram, hukum hakam agama.”
"Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri.
"Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya ke dunia." ucap Nisa sambil menangis.
Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam-11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput, macam-macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kayalah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaunlah, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.
Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, mengadu dekat emak takut dimarahi pula, bila Nisa balik ke rumah mereka berdua akan berlakon yang mereka tidak bergaduh. Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa, dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding. Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya.
"Kita nak jalan jauh ni bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan." kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton televisyen.
"Bang dengar tak ni? Lagi pun hari dah mula gelap, takut pula hujan nanti.” desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa.
"Kau tahu aku penatkan? Tak boleh tunggu ke? Suka hati akulah nak pegi malam ke, siang ke tak pegi langsung ke??" marah Zakri.
"Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi abang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja." Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.
Nisa tak dapat buat apa. Sanggup Zakri berbuat demikian. Terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya.
"Ya Allah kau kuatkan iman aku ya Allah, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya ya Allah" doa Nisa dalam hatinya.
Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis. Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak dan berdenyut2.
"Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.
Treet, Treet, Treet, Treet. Bunyi handphone Zakri.
"Sapa pula yang sibuk-sibuk ni?" Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah cafe.
"Hoi, Encik Zakri! bini kau dekat wad tidak pergi jenguk ke? apa punya laki kau ni?” sindir Azlan kawan pejabat Zakri.
"Alah, dia sihat dekat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha ha ha." gelak Zakri dan kawan-kawan lain.
Azlan cuma berdiam diri.
"Senangnya hidup Zakri ni tak ada risau langsung pasal bini dia." cetus hati Azlan.
"Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa berada di sebelah dia tahu? Mereka perlukan kita masa tu. Nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tahu? Cuba fikir sikit." Azlan mengingatkan Zakri.
"Iyalah Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat. Apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba.
"Suka hati kau lah, tapi kalau ada apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti." kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet. Bunyi handphone Zakri.
"Hello Zakri speaking." jawab Zakri.
"Hello Zakri. Doktor Johari sini, ada masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ya Zakri, Nisa tidak sedarkan diri." panggilan kecemasan dari Doktor Johari.
"Benarkah? Teruk ke dia Johari? Okay I datang.” Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari.
"Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri." ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat" tanya Lan pada Zakri. "Alah jomlah cepat" desak Zakri.
"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum ni pernah tak Nisa jatuh atau terhantuk kuat? Sebab sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama?” tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri.
Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa. Baginya Nisa mengada-ngada, saja buat sakit untuk minta simpati tetapi sebaliknya. Zakri hanya diam.
"Ya Allah apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil.
"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.
Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"
Assalamualaikum.
Abang,
Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.
Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.
Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa
Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.
Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.
Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis.
"YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri.
Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis.
"Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....
Monday, June 15, 2009
Aku
PERTAMA
AKU masih ingat betapa nakalnya aku ketika kanak-kanak. Kenakalanku bermula ketika aku memulakan pengajianku di tadika aliran Bahasa Cina Morning Bell Miri. Masih lagi segar di ingatanku apabila aku tidak sengaja telah melontar sebiji telur ayam tepat ke muka Puan Chai. Aku hanya ingin mengenakan Haffiz, sahabatku tetapi terkena Puan Chai pula. Hukuman? Berbirat tangan kiriku dipentung olehnya. Entah mengapa aku rasakan pukulan rotannya begitu kuat tetapi aku sedar aku sememangnya nakal pada ketika itu. Aku menghabiskan dua tahun bersekolah di tadika itu kerana aku mula memasuki tadika tersebut apabila aku berumur 5 tahun. Abang aku yang sulung turut belajar di tadika yang sama 3 tahun sebelumnya tetapi kata ibuku, aku sungguh berbeza sekali dengan abang. Kata ibu, aku dengan perasaan gembira menyuruh ibuku pulang setiap kali selepas menghantarku ke tadika. Berlainan dengan abang yang meronta-ronta ingin mengikuti ibuku balik. Ketika itu, bibir abang sudah mula menjebik apabila ditinggalkan oleh ibu. Bukannya apa, aku senang bermain dengan rakan-rakan tanpa dilihat oleh ibu. Tadika Cina Morning Bell adalah sebuah tadika yang menggunakan Bahasa Mandarin sebagai bahasa penghantarnya. Walaupun tadika Morning Bell merupakan sebuah tadika Cina, pelajar-pelajarnya terdiri daripada pelbagai bangsa. Itulah yang menjadikan tadika ini sebuah tadika yang unik pada ketika itu. Ada yang berbangsa Melayu, ada yang berbangsa Iban malah ada yang berbangsa Kayan. Tidak kurang juga pelajar yang berbangsa Kedayan. Namun majoritinya berbangsa Cina. Tadika ini sebenarnya terletak kira-kira 10 minit berjalan kaki dari rumahku. Aku kian mengerti apabila menganjak dari umur 4 ke 5 tahun, aku sudah mula menanam minat untuk ke sekolah. Di tadika Morning Belllah aku mula belajar mempunyai kawan. Aku mula pandai bergaul dengan rakan-rakan sebayaku. Bertutur dalam bahasa yang sama, bermain bersama-sama, makan bersama-sama dan belajar bersama-sama. Itulah perkara lazim yang dilakukan oleh anak-anak berumur 5 dan 6 tahun. Aku pun tidak terkecuali. Apa yang aku tahu, selepas selesai membuat kerja yang diberikan oleh cikgu, kedudukanku pasti berengsot. Kerana sudah gatal jari jemariku untuk bermain dengan kawan-kawan. Di sinilah juga tempatnya aku menemui sahabat karibku sepanjang zaman iaitu Haffiz, Dozier dan Siti Nabilah. Haffiz merupakan pelajar kacukan Melayu dan Iban manaka Dozier pula berbangsa Iban. Siti Nabilah pula pelajar berbangsa Melayu. Aku? Aku berasa sungguh rumit sekiranya aku ceritakan di sini tentang siapa diriku. Kata ayah, nendaku berbangsa Inggeris di sebelah lelaki dan Melanau di sebelah nenda perempuan. Di sebelah ibu pula, arwah datuk sebelah ibu berketurunan Iban Melayu manakala Melayu di sebelah ibunya. Hinggakan aku sendiri menjadi kurang pasti apa sebenarnya darah yang mengalir dalam tubuhku ini.
Kami berempat selalu keluar bermain bersama-sama di sekitar kawasan sekolah. Aku masih ingat lagi di depan bangunan utama tadika terdapat taman permainan yang mempunyai jongkang-jongket yang besar. Di situlah aku sering menghabiskan masaku bermain bersama-sama kawan. Pernah sekali aku terjatuh semasa bermain jongkang-jongket bersama kawan-kawan. Berpinar seketika kepalaku ketika itu. Masa seakan-akan tertegun seketika. Tubuh kecilku terpelanting jauh ke sebelah kiri sudut taman. Habis terpalit tanah kuning di baju dan seluarku. Apa yang aku lihat, segerombolan manusia mengelilingiku. Ada lapan orang semuanya. Dengan pandangan yang masih kabur, aku cuba gagahkan diri untuk bangun. Aku sempat melihat Dozier dan Haffiz yang ketika itu terpinga-pinga melihat keadaanku. Terbaring lemah di atas tanah. Tetapi tanpa kusedari, Puan Chai sudahpun mengangkat tubuhku lalu menuju ke bilik Guru Besar. Apabila tiba waktu rehat, akulah insan yang paling gembira. Sekiranya waktu rehat tiba, aku bersama Dozier dan Haffiz akan membeli mi goreng yang dijual dalam bentuk bungkusan-bungkusan kecil. Sebungkus mi goreng itu kalau tidak silap aku cuma berharga 20sen. Tahun 1991 ketika itu, harga makanan memang murah. Tetapi tidak lagi kini. Keadaan memborgol begitu cepat. Apa yang pasti, kami bertiga amat gemarkan mi goreng itu. Aku pasti membeli sehingga 3 bungkus untuk mengalas perutku yang lapar setiap kali tiba waktu rehat. Sedapnya mi goreng itu tidak terkira. Masakan tidak, mi tersebut akan habis dijual dalam masa 10 minit sahaja. Pelajar-pelajar lain memang berasak-asak untuk mendapatkan mi goreng istimewa itu. Namun, baru kini aku terdetik untuk mempersoalkan satu perkara. Sepanjang pembelajaranku di tadika Morning Bell, tidak pernah pula aku bertanya tentang penyediaan mi itu. Halalkah? Pada ketika itu, siapalah aku untuk mengetahui soal halal dan haram. Pemikiran budak-budak tadika. Apa yang nampak menyelerakan, itulah yang akan ditelan. Wallahualam. Dua tahun aku belajar di tadika ini dan aku sendiri berasa hairan pada ketika itu mudah sekali bagiku untuk memahami Bahasa Mandarin. Jujur aku akui, ketika umurku 6 tahun, aku sudah mampu menuturkan beberapa perkataan dalam Bahasa Mandarin. Kami berempat juga selalu berbual menggunakan bahasa itu ketika di dalam tadika. Tetapi jika ditanya kini, malangnya aku hanya menggeleng. Setelah tamat pembelajaranku di tadika itu, aku memasuki alam persekolahan rendah di Sekolah Rendah Kerajaan Anchi, 1992.
KENAKALANKU mula berkurangan setelah memasuki tahun 1. Setelah tamat zaman tadika, aku kemudian dimasukkan ke dalam Sekolah Rendah Kerajaan Anchi, sekolah rendah yang terletak di kawasan perumahan Piasau Fasa II, Miri. Malang sekali aku tidak lagi boleh berbahasa Mandarin di sekolah ini memandangkan Bahasa Malaysia digunakan sepenuhnya sebagai bahasa pengantar. Namun, aku melonjak keriangan serta merta apabila melihat sahabat baikku, Dozier dan Haffiz yang juga sekelas denganku ketika itu. Aku sudah mampu untuk mengukirkan senyuman yang selebar yang boleh. Aku sudah mempunyai Dozier dan Haffiz yang ada di sisiku. Apa yang terlintas di dalam fikiranku ketika itu, hanyalah main dan bermain. Tetapi aku masih tercari-cari di manakah Siti Nabilah pada waktu itu. Di kelas manakah dia diletakkan? Hanya terdapat 3 buah kelas sahaja yang ada ketika itu. Kelas 1 Merah, 1 Kuning dan 1 Hijau. Siapa yang duduk dalam kelas Merah? Sudah tentunya pelajar-pelajar yang melakarkan keputusan yang baik ketika di tadika. Aku, Dozier dan Haffiz dimasukkan ke dalam kelas 1 Kuning. Aku melangkah keluar dari kelas dan berjalan menuju ke kelas sebelah. Masih juga tidak terlihat di mataku kelibat Siti Nabilah. Kemudian kami bertiga dikejutkan dengan suara yang amat ku kenali
“ Hoi! Aku kelas 1 Hijaulah..” Nabilah hanya tersengih-sengih.
Aku tersenyum kembali. Syukurlah kerana keempat-empat kawan karibku berada di dalam sekolah yang sama. Walaupun Siti Nabilah dimasukkan ke kelas 1 Hijau. Ada juga rakanku yang masuk ke Sekolah Rendah Kerajaan Lutong, dan tidak kurang juga yang menyambung persekolahan rendah ke Sekolah Rendah Kerajaan Bintang, Sekolah Rendah Kerajaan Sayed Othman dan Sekolah Rendah Kerajaan St Columbus. Aku sudah menganjak dari usiaku 6 tahun ke 7 tahun. Aku sudah bergelar murid tahun satu. Pakaianku turut berubah. Bukan lagi seluar pendek berwarna biru tua. Kini aku segak berbaju putih, dan berseluar panjang berwarna ungu. Ibuku lebih gemar melihat aku memakai seluar panjang. Begitu juga dengana abangku. Dia sudah memasuki tahun 3 ketika itu. Kelas 3 Merah. Kata Haffiz, abang aku orang pandai. Namun aku tidak percaya. Di rumah, jarang sekali kulihat abang membuka buku dan mengulangkaji pelajarannya. Hidupku mula berubah sejak berada di dalam kelas 1 Merah. Namun pernah juga kulihat abang pergi mengambil hadiah ketika perhimpunan minggu sekolah. Walaupun aku kurang faham situasi sebenar ketika itu, aku juga tidak terlepas daripada perasaan cemburu apabila melihat murid-murid lain tampil ke hadapan dan menerima hadiah yang dibungkus dengan menggunakan kertas brown paper. Sepanjang berada di dalam tahun satu, aku mula mengumpulkan ramai kawan-kawan baru. Aku berkenalan dengan Ewan, Delan, Dayang Hilfiee, Josephine, Roselind dan ramai lagi yang tidak mampu ku sebutkan semua di sini.
bersambung..
Saturday, November 29, 2008
Plutorian
“ Dipersilakan saudara Akmal Bin Suhaili tampil ke hadapan untuk menerima anugerah daripada Datuk Shukor Ibrahim , Menteri Pendidikan Malaysia.”
Tiba-tiba nama Akmal di panggil.
Akmal kembali gugup. Semua tetamu yang hadir memberikannya tepukan yang amat gemuruh dan aneh, perasaan gementarnya tiba-tiba hilang malah perasaan bangga mula menguasai dirinya. Senyuman manis lahir dari bibir remaja yag bernama Akmal itu. Akmal menguja ke arah pentas. Serta merta dia menghulurkan tangan kepada Menteri Pendidikan.
“ Tahniah, pelajar seperti adiklah amat dicari di negara kita. Teruskan berusaha”
Ujar Datuk Shukor.
Akmal tidak dapat berkata apa-apa. Dia terlalu gembira. Senyuman terus terukir pada wajahnya. Anugerah Cemerlang Fizik yang diterimanya adalah hasil usahanya mencatatkan markah tertinggi dalam Ujian Fizik Peringkat Kebangsaan, mata pelajaran yang menjadi kegemarannya. Akmal begitu meminati mata pelajaran ini terutamanya dalam bidang angkasa lepas. Seringkali Akmal berfikir, apakah ada kehidupan di planet-planet sekitar bumi. Planet yang menjadi sasarannya ialah Pluto. Planet yang tersejuk dan paling asing berbanding planet-planet lain. Akmal begitu berharap suatu hari nanti, dia berjaya mengungkap misteri planet yang menjadi tumpuannya iaitu Pluto namun Akmal berasa jengkel serta sedih kerana ramai di antara rakan-rakannya hanya memandang remeh akan idea dan pendapatnya mengenai planet itu.
“ Akmal, sudah... Hentikan sahaja usahamu itu. Semuanya kelihatan mustahil….mustahil Akmal.”
Akmal tersentak. Rupa-rupanya pesawat yang dinaikinya telah pun menggegar landas pacu. Ingatannya terhadap malam anugerah pelajar cemerlang terus hilang. Setelah selesai menuntut bagasi, Akmal terus mencari kalau-kalau ada orang yang menjemputnya. Sangkaan Akmal tepat. Profesor Suhaili datang menjemputnya.
“ Selamat pulang anakku.” Ujar Profesor Suhaili.
“ Ayah ini untuk ayah.” Akmal mengeluarkan trofi anugerah Fizik daripada begnya.
“ Hebat, sungguh tinggi IQ mu. Ayah begitu bangga denganmu, Akmal”
Hujan turun tanpa memberi amaran. Keadaan di Lapangan Terbang Kuching itu tiba tiba berubah menjadi sesak.
“ Ayah, pada pendapat ayah, mampukah kita mengembara hingga ke Planet Pluto?” Satu soalan terpacul dari mulut Akmal.
Profesor Suhaili tersenyum ketika mendengar pertanyaan anaknya itu.
“ Kau sepatutnya tahu kan Akmal? Bukankah kau telah memenangi anugerah cemerlang Fizik? Apakah jawapanmu saintis muda?”
“ Entahlah ayah tapi saya yakin kita mampu dan mungkin ada organisma yang hidup di dalamnya.” Balas Akmal kembali sambil merebahkan kerusi kereta untuk berehat seketika.
“ Dozier, Chong, kamu berdua tahu minat aku kan?” Soal Akmal.
“ Ya …kami tahu…kau amat meminati Fizik serta Sains Angkasa tapi aku rasakan pendapat kau itu terlalu idealistik.” Ujar Dozier dan Chong hanya sekadar mengangguk.
Sekali lagi Akmal berasa hampa. Hampa dengan jawapan rakan-rakannya itu.
“ Tapi Akmal, kita cuba mendapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh.” Chong akhirnya bersuara.
“ Terima kasih, Chong. Aku hampir berputus asa dengan apa yang berlaku kini.” Akmal menarik nafas lega.
Akmal begitu tekun menelaah mata pelajaran –mata pelajarannya di sekolah termasuk mata pelajaran Fizik. Hasratnya tetap lestari.
“ Akmal, kamu saya lihat terlalu sibuk dengan kerja-kerja kamu. Kamu perlu berehat juga Akmal.” Tiba-tiba suara garau menyapa Akmal. Akmal menoleh.
“ Cikgu Chua…biasalah cikgu, lagipun SPM tidak lama lagi.”
“ Bagaimana dengan projek kamu yang terbaru…Pluto? Er …laporan apakah itu, Akmal?” Ujar lelaki yang sudah separuh abad usia itu. Akmal dapat mencium unsur-unsur sindiran tersebut.
“ Er…tidaklah cikgu. Itu merupakan idea sahaja.” Akmal cuba menyembunyikan rasa malunya.
Pada malam yang suram itu Akmal berfikir-fikir. Mulutnya bagaikan mengubit seolah-olah cuba untuk berkata sesuatu. Lantas Akmal melemparkan paandangannya keluar. Dia tahu jam baru menunjukkan pukul 9 malam. Walaupun kelihatan suram, bintang-bintang telah pun bergelantungan di langit. Biduk, Belantik malah Pari yang unik turut kelihatan di langit yang luas.
“ Marikh telahpun manusia jelajahi. Utarid, Zuhrah, Uranus…dan kau Pluto…entah mengapa kau agak menarik perhatianku.” Hati kecil remaja itu mula berbicara.
“ Mungkinkah ada penghuni di dalammu?”
“ Aku yakin… aku pasti memperoleh kekunci untuk semua itu.”
Akmal tidak berdaya lagi untuk meneruskan bicara. Desakan anak matanya terlalu kuat. Akhirnya Akmal terlena dalam hembusan bayu malam yang sejuk mencengkam . Professor Suhaili hairan melihat tingkah laku anak sulungnya itu. Terlalu taksub dengan keajaiban sains. Adakah Akmal akan mengikuti jejak langkahnya nanti ? Terlintas di benak fikirannya akan pepatah Melayu yang mengatakan “bapa borek,anak rintik”. Mungkin ada benarnya pepatah tesebut. Profesor Suhaili masih ingat ketika anaknya itu berjaya menerangkan unsur-unsur yang terdapat dalam batuan Marikh. Pendapat anaknya mengenai Pluto …dia sendiri amat berat untuk mengatakannya kerana dia sendiri belum lagi arif mengenai planet yang agak terasing iu. Bidang biofizik yang diceburinya tidak merangkumi bidang tersebut. Sesekali Profesor Suhaili berfikir, apakah ada organisma yang wujud di Pluto? Menurut kajiannya yang muktahir, Pluto merupakan sebuah planet yang mempunyai cuaca yang amat ekstrem. Profesor Takenori, sahabat baiknya dari Universiti Tokyo turut mempunyai konklusi yang sama iaitu tiada hidupan di sekitar planet itu.
Akmal menghirup dengan sepuas-puas hatinya udara yang segar pada pagi itu. Kole yang berisi Nescafe panas dihirupnya perlahan-lahan. Sungguh mengasyikkan. Siulan burung Magpie memecah kesunyian pagi itu. Pepohon mangga di sekitar kawasan rumahnya seolah-olah melambai diri Akmal. Akmal mendongak ke arah langit yang masih lagi samar-samar ketika itu.
“ Ayah, saya nak pergi ke rumah Chong sekejap.” Ujar Akmal sambil mengemas buku-buku ilmiahnya ke dalam beg.
“ Pulang sebelum makan tengah hari,ya.” Balas Professor Suhaili yang sibuk mencuci kenderaan kesayangan, sebuah BMW berwarna biru metalik.
Rumah Chong terletak tidak jauh dari rumah Akmal. Cuma kira-kira 500 meter sahaja. Di sepanjang jalan menuju rumah Chong terdapat Taman “Wetland” yang dibina oleh Dewan Bandaraya. Taman yang menjadi tempat kegemaran Akmal beriadah. Akmal mengeluarkan lenso dari poket seluarnya lalu mengelap titisan peluh yang menitik.
“ Jadi sinar ultraungu dan sinar infra merah merupakan cahaya nampak?” Chong masih belum faham subtopik Fizik itu.
“ Ya. Selain itu semua spektrum gelombang adalah sama halajunya, Chong.” Balas Akmal. Mulut Chong melongo. Berasa aneh disebabkan kebolehan Akmal menghafal kelajuan halaju sinar gelombang.
Akmal menyiapkan laporan eksperimen dengan pantas. Penuh cekatan .Sekejap sahaja dua helai kertas tertulis dengan laporan-laporan yang berkaitan dengan eksperimen.
“ Akmal macam mana kau boleh jadi hebat ha?” soal Chong kehairanan.
“ Usaha dan jangan putus asa. Itu merupakan asas kepada kejayaan Chong.” Ujar Akmal dengan selamba.
Akmal melihat jam pada tangannya. Sungguh tidak disangkanya jam sudahpun menunjukkan pukul sebelas setengah. Serta-merta janjinya terhadap Profesor Suhaili terlintas di minda.
“Akmal, minggu depan merupakan minggu penentu bagimu. Ayah harap kau akan buat dengan baik sepanjang minggu itu.” Ujar Profesor Suhaili ketika memulakan bicara.
“Doakan kejayaan saya ayah. Insya Allah saya akan berjaya.” Balas Akmal dengan penuh yakin.
Pen mata bola itu diputarnya berkali-kali. Akmal kembali memutarkan perbualan ayahnya sebentar tadi. Minggu depan SPM akan bermula. Sungguh cepat sekali masa berlalu. bulan Januari, Febuari dan seterusnya bagaikan titisan air menitik satu demi satu. Akmal bangkit lalu menuju ke ruang tamu. Nombor 52 ditekannya pada alat kawalan jauh televisyen. Kebetulan rancangan National Geographic mengenai angkasa sedang ditayangkan. Mata Akmal seolah-olah terpukau. Apa yang menarik perhatiannya, rancangan tersebut mengetengahkan beberapa jenis gelombang elektromagnet dapat dihasilkan untuk dijadikan pemancar ke angkasa lepas. Mulut Akmal terlopong. Tiba-tiba terlintas sesuatu di mindanya.
“ Gelombang sinar gamma….” Desis hatinya.
“ Ya …sinar gamma…….Yes aku hampir memperoleh kekuncinya.” Ujar Akmal sendirian.
Akmal kembali semula ke bilik. Buku-buku rujukan Fizik di bukanya. Tidak lupa buku “Modern Physics” dan “Outerspace” turut dibuka. Kemudian Akmal tersenyum. Terdapat beberapa persamaan yang agak ketara dalam keempat-empat buku tersebut. Sinar gelombang mampu memecut dan memintas kelajuan cahaya seterusnya menjadi “transmitter” kepada galaksi lain. Akmal kemudian tersenyum.
“ Calon-calon sekalian, masa sudah tamat. Dengan senyap kumpulkan kertas jawapan dan letak di sisi kiri anda.” Kedengaran arahan dari Ketua Pemeriksa yang bertugas.
Akmal masih tenang. Sempat juga dia meneliti gelagat kawan-kawannya yang lain. Hari itu merupakan hari ketiga ujian SPM diadakan. Kertas Bahasa Inggeris tadi agak sukar juga untuk dijawab. Akmal terus menguja ke arah Dozier dan Chong. Ternyata kedua-dua mereka berasa hairan.
“ Aku rasa aku boleh menyelesaikan masalah pertama.”
“ Betul katamu Akmal ?” Riak muka Dozier berubah.
“ Transmisi daripada gelombang sinar, mampu memintas kelajuan cahaya.” Jelas Akmal. Sungguh.
“ Jangan berguraulah Akmal.” Dozier menjadi kurang yakin.
“ Apa kata selepas ujian nanti , waktu petang kita akan ke Makmal Fizik. Nak tak?” tiba-tiba terpacul idea tersebut dari mulut Akmal.
“ Cikgu Chua ?” Dozier dan Chong berkata dengan serentak.
“ Tiada masalah, aku ada kunci pendua, aku ambil dari penjaga bangunan. Percayalah kepada aku.” Akmal sendiri sendiri agak tergamam dengan kata-katanya. Entah mengapa lancar benar mulutnya berkata demikian.
Dozier, Akmal dan Chong kini merasakan sesuatu yang amat besar impaknya akan berlaku. Mungkin akan membuka lembaran baru dalam bidang sains. Mereka membuat persediaan dengan teliti. Perancangan yang jitu membolehkan mereka memasuki makmal tanpa diketahui oleh pembantu makmal dan Cikgu Chua. Walaupun mereka tahu tindakan mereka boleh memberikan implikasi yang buruk namun mereka sedar itulah satu-satunya peluang mereka. Mereka mesti melakukannya waima tahu akan risikonya.
“ Akmal, Chong, this is our chance.” Ujar Dozier. Remaja berbangsa Iban yang pada mulanya berasa ragu-ragu terhadap idea Akmal.
Jam sudah menunjukkan pukul tiga petang. Akmal,Dozier, dan Chong sudahpun berada di kantin. Akmal pergi dahulu sebelum diikuti Dozier dan seterusnya Chong. Mujurlah tiada seorang pun pembantu makmal yang berada di sekitar Makmal Fizik itu. Dengan penuh cekatan Akmal membuka Makmal Fizik yang telah dikunci itu dengan kunci simpanannya. Peluh-peluh jantan mula menitik di kalangan muka mereka bertiga. Chong mencebik. Perasaan takut mula menguasai diri Chong.
“ Aku takutlah Dozier.” Dalam suara yang agak perlahan.
Kata-kata Chong itu tidak diendahkan oleh Dozier dan Akmal. Mereka berdua sibuk memasang komponen elektrik yang boleh mengeluarkan gelombang sinar. Segala persiapan adalah berdasarkan buku “Outerspace” dan buku “Modern Physics” kepunyaan Akmal. Chong pula tidak dapat berkata apa-apa melainkan melakukan kerja-kerja pemasangan komponen tadi ke komputer mudah alihnya. Hujung muncung alat ciptaan mereka dihalakan ke tingkap agar sinar dapat dipancarkan ke langit.
“ Dozier hidupkan suis, Chong fokus kepada arah pancaran. Ok satu..dua..tiga.. hidupkan ! ” Tegas Akmal.
Entah dari mana datangnya punca cahaya yang berwarna biru tiba-tiba menyelubungi Makmal Fizik. Bermula dari bekalan voltan lampau tinggi kepada alat yang mengeluarkan gelombang sinar. Ketiga-tiga mereka terkesima. Komputer Chong mula mengeluarkan bunyi seakan-akan tit..tit..tit. Kemudian, komputer mereka tiba-tiba mengeluarkan bunyi aneh, seolah-olah menandakan kehadiran objek asing. Ketiga-tiga mereka melonjak kegembiraan. Chong segera mencatatkan tegak rekod-rekod pancaran yang telah mereka hasilkan tadi.
“ Kita sudah memperolehi kekunci kedua.” Jelas Dozier.
Akmal masih lagi memikirkan tentang peristiwa petang tadi. Mindanya kembali memutarkan detik-detik yang agak mencemaskan lewat petang tadi. Puas dia berfikir, gelombang sinar yang terhasil telah terpancar keluar dari bumi dan memintas kelajuan cahaya. Marikh, Musytari, Zuhal telahpun dilintasinya. Entah mengapa dahi Akmal berkerut seketika.
“Apakah objek yang telah menangkap sinar itu?” Getus hati kecilnya.
Tidak..tidak mungkin Planet Pluto yang menangkapnya. Akmal tidak yakin akan keputusan itu kerana kalau difikirkan, agak mustahil planet sejauh itu menerima pancaran gelombang sinar. Tiba-tiba komputer ribanya berbunyi…Akmal tersentak. Lamunannya mati. Dia bingkas bangun lalu menuju ke arah komputernya. Aneh, terdapat satu titik di luar orbit planet-planet Sistem Suria terpapar pada monitor komputernya. Akmal segera memeriksanya lagi.
“ Ada respon dari sana ….mustahil!”
Setelah diamatinya dengan sekian lama, kening Akmal terangkat. Tidak percaya apa dilihatnya. Satu planet telah memancarkan balik gelombang sinar yang telah mereka hantar petang tadi. Sungguh pantas. Cuma empat jam sahaja pancaran tersebut dihantar balik. Ingin sahaja dia memberitahu Chong dan Dozier. Akmal segera bersiap. Penting baginya untuk memberitahu kedua-dua rakan-rakannya itu mengenai respons yang telah diterimanya sebentar tadi. SPM? Entah, Akmal tidak begitu memikirkan tentang SPM. Apa yang pasti, dia sedang berusaha menyelesaikan persoalan yang telah lama terbuku di mindanya.
“ Dozier dan Chong mesti diberitahu mengenai hal ini.” Ujar Akmal kembali mengintai keadaan di luar ruang tamu rumah. Takut-takut kalau ayahnya masih belum ke kamr tidur. Akmal melangkah dengan penuh berhati-hati.
“ Sungguh ?” Tegas Chong. Dozier terkesima.
“ Cuba kau buka komputermu Chong, mungkin rekodnya sama dengan rekod komputerku.” Balas Akmal.
Selepas mereka bertiga melakukan eksperimen lewat petang tadi, aku dan Chong terus mengarahkan komputer mereka ‘hibernate’ untuk seketika waktu. Tidak ‘shut down’ sepenuhnya namun memberikan peringatan kalau terdapat sebarang isyarat. Sungguh bitara sekali komputer mereka.
“ Dapatkah kita menganggar jarak planet itu?” Dozier kembali bersuara.
“ Belum pasti aku akan berbincang dengan ayahku.” Balas Akmal. Dia tahu sebarang bantuan dari ayahnya akan menjadikan kajian mereka lebih bermakna.
“ Cikgu Chua?”
“ Dia akan kita beritahu nanti.” Ujar Akmal menutup pertanyaan Chong.
“ Bagus, jadi sekarang kita hanya menunggu perkembangan pancaran ini. Elok kita berhenti dulu. Esok masih ada ujian yang menunggu kita.” Tegas Dozier. Dia berasa agak resah kerana waima eksperimen yang telah dilakukan mereka memberikan implikasi yang positif namun mereka tidak sepatutnya mengabaikan ujian SPM. Chong mencebik. Dia sudah tidak sabar lagi untuk memberitahu Cikgu Chua mengenai eksperimen mereka.
“ Kita akan buktikan kepada Cikgu Chua bahawa kita selama ini tidak bermimpi.” Ujar Akmal dengan nada yang agak sinis.
“ Ada hidupan di sana…aku pasti.” Tambah Dozier.
“ Apa? Mustahil......mustahil Akmal. Mana mungkin pancaran gelombang sinar dapat ditangkap dan dipancar balik dalam masa empat jam.” Mimik muka Cikgu Chua berubah.
“ Betul Cikgu, ini buktinya......” Jelas Dozier lalu mengeluarkan sehelai kertas cetak yang mengandungi butir-butir peristiwa semalam. Kertas itu ditatap Cikgu Chua dengan penuh teliti.
“ Ah, mungkin ada kesilapan di dalam eksperimen kamu. Cikgu masih tidak percaya masakan ada sebarang organisma hidup di sana. Kamu semua sudah maklum suhu di sana adalah ekstrem. Bawah paras beku!”
“ Sudahlah Cikgu kalau Cikgu tidak percaya. Jika kami betul, satu lembaran baru akan wujud dalam bidang sains. Pasti ada hidupan di sana yang menyerupai kita.” Jelas sekali kehampaan terpancar pada wajah Akmal.
Dozier membisu, Chong turut membisu. Seolah-olah sejagat raya berdekah-dekah mentertawakan mereka. Akmal pula menjadi sugul. Dozier bangkit dari tempat duduk. Menghampiri Akmal.
“ Sudahlah, Akmal. Tidak ada gunanya kita berasa kecewa kerana hal ini. SPM hanya tinggal tiga hari saja untuk tamat.Sudah....Akmal.” Ujar Dozier menyapa bahu Akmal.
“ Kau menyerah kalah Dozier?”
“ Tidak....Akmal. Berhenti bukan bererti menyerah kalah. Fokuskan kepada ujian dahulu Akmal...sudahlah.” Balas Dozier, cuba mengawal perasaan hampa sahabatnya itu.
Eksperimen itu menjadi seakan-akan tidak bermakna lagi. Malam yang sunyi itu, mereka berkumpul untuk menelaah subjek Kimia. Mereka berkumpul di rumah Dozier yang terletak cuma dua ratus meter dari rumah Chong. Akmal tidak kisah, walaupun rumahnya jauh dia sanggup berkorban demi SPM yang seolah-olah “diabai”nya selama ini.
Suasana begitu tenag pada malam itu. Syukur SPM telahpun melabuhkan tirainya. Soalan-soalan kimia pagi tadi mampu dicerna Akmal dengan baik. Bunyi hilaian ketawa mencecah kesunyian malam itu. Entah apakah yang menjadi bahan ketawa mereka bertiga. Mungkin terlalu gembira apabila SPM telah tamat. Rumah Dozier kembali bergema.
“ Bila ibu bapamu akan balik, Dozier?”Chong bersuara.
“ Mungkin pukul sepuluh nanti.” Mata Dozier masih lagi berair menahan ketawa. Akmal kembali menghirup sirap ros di dalam gelasnya.
Tiba-tiba, sinar cahaya putih memancar ke dalam rumah. Kemudian satu jalur cahaya magenta menyelubungi luar kawasan rumah. Terpegun dengan apa yang terjadi, ketiga-tiga mereka keluar. Cahaya magenta tersebut terlalu terang. Akmal mula dicakar rasa cemas. Begitu juga Dozier dan Chong. Sungguh mereka takut melihat fenomena itu. Tiba-tiba, di dalam cahaya magenta itu turun suatu objek berbentuk bujur dan agak bulat. UFO? Itulah yang bermain ligat di dalam kepala Akmal. Mulut Dozier dan Chong masing-masing melopong membentuk huruf O. Jarak objek tersebut hanyalah 3 meter dari mereka dan kira-kira 12 kaki di atas udara. Kemudian keluar pula satu cahaya biru menuju ke arah mereka. Entah bagaimana Akmal, Dozier dan Chong bertukar menjadi kecil . Ketiga-tiga mereka bertukar rupa menjadi betul-betul bulat dan kecil seperti guli . Akmal, Dozier dan Chong hilang tanpa meninggalkan bekas namun, dompet Akmal tercicir. Betul-betul terjatuh di depan halaman rumah Dozier itu.
“ Di manakah kita sekarang? ” Ujar Dozier dengan nada yang agak cemas.
Ketiga-tiga mereka telahpun pulih ke bentuk asal. Akmal menepuk-nepuk seluarnya. Chong pula memeriksa badannya. Takut-takut terdapat sebarang kecederaan. Kemudian Chong hampir-hampir terduduk apabila melihat keadaan sekeliling mereka. Dozier dan Akmal melongo. Mereka kini berada di dalam sebuah kapal angkasa. Memang tepat jangkaan Akmal. Inilah yang disebut UFO. Benda yang sering menjadi tanda tanya namun kini, mereka sendiri berada di dalamnya. Tangan Akmal meraba dinding kapal angkasa itu. Sungguh halus sekali pembuatannya. Tiba-tiba muncul satu lembaga yang berwarna biru. Agak-agak berketinggian 1.5 meter, matanya bujur telur dan memiliki hidung serta mulut yang kecil. Akmal, Dozier dan Chong terkejut.
“ Selamat datang, jangan takut. Saya tidak akan mengapa-apakan anda.” Ujar lembaga itu.
“ Siapakah kau, dari manakah kau datang dan apa tujuan kau menangkap kami? ” Sergah Dozier.
“ Saya Zeon dan saya datang dari jauh, amat jauh sekali”
“ Jauh?” Jawab Akmal.
“ Ya......saya datang dari planet Pluto. Kamu telah memancarkan satu gelombang sinar kepada kami dan kami ingin menyiasat bagaimana kamu melakukannya”. Balas lembaga yang memperkenalkan dirinya sebagai Zeon itu.
“Maksud kau sinar Gamma? ” Kini giliran Chong pula bersuara setelah sekian lama membisu.
“ Benar, dan saya ingin membawa kamu ke planet saya. Harap kamu dapat memberikan sesuatu yang berharga mengenai pemancaran Sinar Gamma.” Kening Akmal terangkat setelah mendengar perkataan “membawa” dari lembaga itu. Selain itu dia juga berasa terkejut kerana lembaga itu fasih berbahasa melayu.
“ Gila, aku tidak mahu Akmal.” Tegas Chong.
“ Chong, fahamilah situasi kita bertiga. Ini merupakan satu peluang yang mungkin datang sekali dalam sejuta. Selama ini mereka anggap kita tidak betul, Chong. Kini lihatlah, siapa yang tidak betul? Siapa?” agak panjang penjelasan Akmal itu.
“ Baiklah, aku ingin menjadi terkenal, Akmal. Mari....teruskan!” Tiba-tiba Chong berdiri. Nada suaranya itu jelas menunjukkan dia bersetuju.
Ketiga-tiga mereka dibawa Zeon ke ruang kokpit kapal angkasa milik Zeon. Masing-masing berasa taksub. Amat berlainan berbanding kokpit kapal angkasa manusia. Di sekitarnya terdapat banyak mekanisme yang kurang mereka fahami.
“ Lihat, itulah planet marikh. Kamu boleh melihatnya dengan jelas bukan?” Ujar Zeon.
“ Wow, cantik betul. Lebih cantik dari apa yang aku lihat dalam buku ”. Jawab Dozier dengan penuh taksub.
“ Sekarang sila ambil tempat duduk masing-masing. Saya akan mempercepatkan kelajuan kapal ini ke tahap kelajuan cahaya.” Tambah Zeon.
“ Bagaimana, Zeon?” Akmal kurang pasti.
“ Dengan mengaktifkan Omega 15. Sejenis molekul tenaga yang terdapat di dalam kerak serta mantel planet Pluto”. Jelas Zeon lagi. Akmal tidak faham..
Dozier dan Chong telahpun bersedia. Begitu juga dengan Akmal. Akmal menutup matanya.
“ Bersedia? Satu......dua ......tiga!” Zeon menekan butang yang berwarna merah di tepi kawalan utama.
Serta-merta kapal angkasa mereka bergegar. Akmal menahan kerusinya. Kelihatan keadaaan di luar kapal berubah menjadi molekul-molekul yang halus. Gedegus! Seolah-olah kapal angkasa itu mendarat namun Dozier, Akmal dan Chong kurang pasti.
“ Anda telah berada di planet Pluto.” Ujar Zeon.
Akmal, Dozier dan Chong terkesima. Tidak percaya akan kata-kata Zeon tadi. Kemudian, Akmal keliru. Bukankah tiada oksigen di luar sana? Malah suhu juga amat ekstrem.
“ Pakaikan ini di baju anda, ia akan membekalkan oksigen dan suhu optimum badan manusia.” Ujar Zeon lagi.
Ketiga-tiga mereka menurut sahaja kata lembaga biru itu. Kemudian pntu kapal dibuka. Zusss. Akmal kembali dicakar rasa cemas. Dozier dan Chong berada di belakang Akmal. Masing-masing berasa takut. Sesekali terbit juga rasa kesal di hati mereka. Alangkah terkejutnya mereka bertiga apabila melihat sebuah bandar yang begitu pesat membangun di hadapan mereka. Zeon tersenyum melihat aksi Akmal, Dozier dan Chong. Sungguh bertentangan dengan apa yang mereka ketahui selama ini. Selama ini mereka cuma mengetahui planet Pluto merupakan planet yang usang namun kini semua itu tidak benar sama sekali. Akmal melangkah ke arah Zeon. Tiba-tiba mereka dikelilingi oleh lembaga yang menyerupai Zeon. Ada yang tinggi dan yang ada yang rendah. Chong cemas.
“ Kami adalah Plutorian. Penghuni planet ini. ” Ujar salah seorang daripada mereka.
“ Silakan ikut kami ke pusat sains kami. Kehadiran anda bertiga amatlah dialu-alukan.” Sambungnya lagi.
“ Lihat, Chong. Mereka begitu ramah sekali.”Ujar Akmal.
Ketiga-tiga mereka menaiki kenderaan yang amat aneh. Tiada beroda dan terapung di atas udara. Akmal teringat akan filem kegemarannya, Star Wars.
“ Alangkah eloknya jika tamadun bumi adalah seperti ini.” Getus hati kecilnya.
Kenderaan-kenderaan para plutorian amat canggih sekali. Akmal kembali merasa kagum. Perjalanan ke Pusat Plutorian tidak lama. Kira-kira 4 minit sahaja. Mreka diketuai oleh Zeon. Setelah memasuki bangunan Pusat Sains itu, Akmal, Dozier dan Chong melongo. Belum pernah dia melihat reka bentuk bangunan seindah itu. Semuanya diperbuat daripada kaca. Sungguh halus sekali pembuatannya. Kemudian mereka sampai di satu tempat yang agak luas dan dikelilingi oleh para plutorian yang agak tua. Mungkin mereka adalah pakar sains di planet itu.
“ Selamat datang penghuni bumi. ” Ujar salah seorang daripada mereka.
“ Kamu telah memancarkan sinar gelombang kepada kami. Kami ....ingin mengetahui bagaimana kamu boleh memperoleh gelombang ini?” Tegasnya lagi.
Akmal menerangkan segala-galanya. Bermula dari voltan lampau tinggi hingga ke komputer. Dozier dan Chong memerhati sekeliling. Zeon turut bersama mereka.
“ Jadi di bumi, pelbagai gelombang sinar dapat diperoleh dengan menggunakan kaedah ini?” Ujar plutorian itu.
“ Ya.....” Tegas Akmal.
“ Tindakan kamu telah menyelesaikan masalah planet kami. Sinar itu begitu penting buat kami. Sinar gamma adalah penting untuk penjanaan semula molekul-molekul Omega 15.” Jelasnya.
“ Setakat ini, plutorian telah menguasai kemajuan galaksi sistem suria tetapi dengan bantuan kamu, bidang sains plutorian telah maju setapak lagi.” Sambungnya lagi.
Lantaran itu, seluruh plutorian yang ada di dataran itu membunyikan bunyi aneh, seakan-akan memberi tepukan yang gemuruh. Akmal, Dozier dan Chong merasakan mereka bagaikan superstar terkenal. Ketiga-tiga mereka berpandangan sesama sendiri kemudian tersenyum. Zeon menghampiri mereka bertiga .
“ Ikut saya mengelilingi planet ini, mahu?”
Akmal begitu tertarik dengan senario planet itu. Penghuninya begitu ramah sekali. Dia turut merasa kagum dengan inteligensia plutorian. Tamadun mereka jauh lebih baik berbanding penghuni bumi. Ternyata arus modenisasi di sini sungguh kuat.
“ Sungguh aman hidup di sinikan Chong? ” Ujar Dozier sembari mengupas sebiji buah yang baru dipetiknya dari taman–taman planet tersebut. Buah itu menyerupai buah oren tetapi warnanya menyerupai warna krim.
“ Aku seringkali bermimpi mengenai planet ini dan penghuninya, lihatlah sekarang. Kita bertiga sahaja dari bumi pergi ke planet ini. Pihak NASA Amerika belum pasti berjaya ke sini.” Jelas Akmal. Chong mengangguk.
Mereka seterusnya dipelawa untuk pergi ke Pusat Penjanaan planet itu iaitu Ulric de Varens, satu dataran kaca yang luas. Di sana terdapat beberapa plutorian sedang bekerja. Mereka sedang berusaha untuk mengeluarkan sejenis objek yang berwarna biru berkilauan. Sebesar sebiji bola keranjang.
“ Omega 15.” Ujar Akmal dalam suara yang perlahan.
“ Inilah Omega 15, Akmal.” Jelas Zeon.
“ Teras kehidupan plutorian.” Tambahnya lagi.
Akmal, Dozier dan Chong tidak berasa letih sepanjang mereka berada di planet itu. Minuman , makanan dan layanan yang baik menjadikan mereka lupa untuk pulang semula ke bumi. Akmal berfikir seketika. Walaupun penduduk di planet itu begitu baik dan segala-galanya lengkap dan tersedia, dia tetap ingat bahawa bumi adalah asalnya bukan di sini. Akmal memanggil Dozier dan Chong...mereka mesti balik...mesti!
“ Akmal, aku...aku berasa berat untuk meninggalkan planet ini. Segala-galanya sempurna.” Akmal terkejut dengan kata-kata Dozier itu.
“ Ingat tujuan kita mengkaji semua ini. Hanya sekadar mengetahui identiti penghuni planet ini. Kini kita sudah berjaya ...manusia di bumi akan berasa bangga atas kejayaan kita terutamanya ibu bapa kita. Oh...tidak lupa juga kepada Cikgu Chua.” Jelas Akmal dengan suara yang amat yakin.
“ Zeon, kami perlu pulang . Sudah hampir 2 hari kami berada di planet ini.” Ujar Akmal.
“ Kamu tidak sukakan planet ini Akmal?” Nada suara Zeon berubah.
“ Bukan itu maksudku Zeon, bukan di sini tempatku. Bumi tempatku dan Pluto tempatmu.” Balas Akmal.
“ Plutorian merupakan masyarakat yang utopia, Zeon. Tempat ini sungguh bitara sekali. Tidak mungkin orang seperti aku tidak berasa aman hidup di dalamnya.” Akmal meneruskan kata-katanya. Chong dan Dozier tidak berkata apa-apa.
Zeon tidak berupaya menahan Akmal dan rakan-rakannya untuk tinggal di sana dengan lebih lama. Dia turut mengerti perasaan Akmal.
“ Selamat jalan wahai orang bumi. Terima kasih atas bantuan kalian semua.” Ujar ketua plutorian yang menjadi ketua Pusat Sains pluto itu. Tatkala itu ia mengkalungkan Akmal, Dozier, dan Chong seutas tali yang menyerupai rantai di leher mereka. Terdapat sejenis batu yang berkilau diikat bersama-sama tali itu. Dozier tersenyum begitu juga Chong.
“ Selamat tinggal plutorian!” Laung Akmal ketika memasuki kapal angkasa milik Zeon. Dozier dan Chong sibuk melambai para plutorian yang hadir ketika itu. Gus....pintu kapal tertutup kembali.
Gedegus!! Kapal angkasa mereka berlepas. Planet pluto telahpun mula hilang dari pandangan. Zeon segera mengaktifkan Omega 15.
Ibu bapa Dozier dan Chong masing-masing gelisah. Profesor Suhaili turut berasa demikian. Kehilangan anaknya tanpa bekas membingungkan pelbagai pihak. Cikgu Chua turut bimbang. Akmal merupakan salah seorang pelajar kesayangannya. Dalam keadaan yang agak suram itu, terbit satu cahaya putih datangnya dari langit. Menuju ke halaman rumah Dozier. Profesor Suhaili berasa cemas. Begitu juga Cikgu Chua , ibu bapa Dozier dan ibu bapa Chong. Cahaya putih itu kemudian bertukar menjadi warna magenta. Cikgu Chua terkesima. Mulutnya melongo. Belum pernah baginya melihat peristiwa seperti itu. Profesor Suhaili turut berasa demikian. Fenomena itu menarik perhatiannya tetepi dengan penuh cemas dia merapati cahaya itu. Gedegus!! Bunyi seperti kapal terbang mendarat. Profesor Suhaili berundur ke belakang. Profesor Suhaili tersentak.
“ Akmal!”
“ Ayah.” Sahut Akmal.
Akmal berpaling semula kepada Zeon. Zeon kelihatan sayu dan sedih.
“ Jangan sedih Zeon, demi kami bertiga.” Ujar Akmal.
“ Jaga diri baik-baik Akmal. Nah, terimalah ini sebagai hadiah dari saya. Awak cuma seru nama saya, saya pasti datang.” Ujar Zeon.Satu kalung yang berwarna perak dihulurnya kepada Akmal.
“ Terima kasih Zeon, kirimkan salamku kepada seluruh plutorian. Semoga semua warga pluto hidup aman dan damai.” Balas Akmal.
“ Selamat tinggal Zeon.” Jawab Dozier.
“ Kami pasti menyerumu kelak.” Tambah Chong.
Cahaya magenta beransur-ansur hilang. Kemudian kapal angkasa Zeon lenyap dari pandangan.
“ Akmal, itukah yang kamu cari selama ini?” Profesor Suhaili seakan-akan tidak percaya.
“ Ya ayah .” Ujar Akmal sembari mengukir senyuman.
“ Mereka jauh lebih bertamadun dari kita, ayah. Dan mereka juga mempunyai Omega 15.” Jelas Akmal.
“ Omega 15, ” Profesor Suhaili tidak mengherti.
Masing-masing memeluk erat anak mereka. Cikgu Chua menghampiri mereka. Selama ini dia berpendapat tiada hidupan wujud di sana namun kini dia telah mengetahui wujudnya hidupan di pluto.
“ Tahniah Akmal.”
Peristiwa itu mungkin tidak dapat Akmal lupakan sepanjang hayatnya. Berada di sebuah tempat yang terasing...pluto. Dengan sehelai sijil yang tertera pangkat satu di dalam tangannya. Akmal berhasrat menyambung semula minatnya terhadap sains angkasa setelah berada di universiti nanti. Dozier dan Chong turut cemerlang.
“ Kekunci ketiga...” Ujar Dozier.
“ Zeon...” tambah Chong.
“ Plutorian, segala-galanya terungkap sudah.” Ujar Akmal sembari melangkah keluar dari kelas
Penanggalan
SELI dan
“
“ Apa kau sudah penat? Seli, kau masih muda. Cepat betul kau rasa penat.” Balas
“ Aku rasa cukup sahaja petai yang kita pungut pada hari ini. Banyak juga hasil kita.”
“ Kita jual sedikit dan selebihnya kita sedekahkan kepada orang kampung.” Jelas Alai. Namun Seli hanya mengangguk lemah.
Banyak benar petai yang dipungut mereka pada pagi itu. Bagi Seli, di dalam hutan memang banyak anugerah Tuhan yang belum dimanfaatkan oleh manusia lagi. Walaupun hidup mereka susah, Seli dan
“ Wah, laku benar jualan kamu Seli,
“ Alhamdulillah Ustaz. Lagipun asalkan rezeki halal, kita pasti dapat untungnya.” Balas
Ustaz Hussin membeli 3 ikat petai pada petang itu. Seli dan
“ Seli, mak nak cakap sikit dengan kamu.” Seli berhenti menjamah nasi untuk seketika. Diperhatikan benar-benar wajah ibunya itu.
“ Kini kau sudah besar, sudah cukup besar untuk mendirikan rumah tangga.”
Seli tersentak. Berkerut juga dahi pemuda itu setelah mendengar kata-kata ibunya.
“ Mak, dengan apa Seli nak beri anak bini makan mak? Mak
“ Mak ingin benar melihat cucu, Seli. Mak takut mak tak sempat.” Balas ibunya lagi.
“ Mak, janganlah cakap macam tu. Seli janji dengan mak, tiba masanya nanti Seli akan berumah tangga. Seli janji.” ujar Seli lalu ke dapur.
Risau benar Seli apabila memikirkan permintaan ibunya itu. Siapa yang tidak mahu berkahwin? Seli sendiri memasang impian untuk berumah tangga tetapi dia sedar buat masa ini, dia tidak mampu. Sukar betul bagi Seli untuk melelapkan mata. Permintaan ibunya terlalu berat fikirnya. Namun pernah juga dia berasa cemburu apabila melihat rakan-rakannya yang sudah berumah tangga.
“
“ Boleh juga. Pagi tadi hujan. Aku rasa mesti banyak cendawan yang tumbuh. Ikut jalan mana?” ujar
“ Kita pergi ke kawasan hutan berdekatan jalan keluar ke kampung seberang. Mungkin belum ada orang jumpa tempat itu. Untung kita
Mereka meneruskan rancangan untuk pergi mengutip cendawan. Hujan yang agak lebat pada sebelah pagi meyakinkan mereka bahawa lebih banyak cendawan yang akan tumbuh dan ini bermakna poket mereka juga turut berisi. Namun Seli memilih untuk pergi ke tempat yang agak berbeza daripada tempat yang biasa dikunjungi oleh orang kampung.
“ Seli, kau pernah dengar kisah penanggalan?” Tanya Alai ketika dalam perjalanan.
“ Hish..
“ Aku cuma tanya kau sahaja.”
“ Pernah. Itupun aku dengar daripada cakap-cakap orang.
“ Kau tahu tak macam mana rupanya?” tanya
“ Jangan tegur Seli. Jalan sahaja.” Tegas Alai. Alai sememangnya kurang senang setelah mendengar pertanyaan Seli itu.
Tiba-tiba, Seli terlihat seorang gadis duduk di atas sebatang pohon kelapa yang tumbang di kiri bahu jalan.
“ Cik, cik ni dari mana dan hendak ke mana?” tanya
“
“ Saya sesat. Saya hendak ke kampung Dagang. Saya dari kampung seberang.” Jelas gadis itu. Barulah gadis itu mula bersuara.
“ Oh, cik boleh ikut kami. Kebetulan kami penduduk kampung itu.” jawab Seli.
“ Terima kasih abang berdua.” Balas gadis itu lagi lalu bingkas bangun mengikuti mereka.
Mereka tidak mempunyai pilihan lain kecuali menunjukkan kepada gadis jalan ke kampung mereka. Gadis itu memperkenalkan dirinya sebagai Munirah. Begitu manis sekali wajahnya. Seli tidak putus-putus memandang gadis itu. Seli begitu tertarik dengan kecantikan Munirah. Hampir setiap masa Seli mencuri-curi memandang keayuan gadis yang bernama Munirah itu. Mereka sampai di kampung lewat waktu Maghrib. Seli dan Alai terfikir seketika, di manakah destinasi sebenar Munirah? Di manakah Munirah menumpang tidur ? dan yang paling penting sekali, di rumah siapa pula gadis itu akan tidur? Pelbagai soalan menerjah minda kedua-dua pemuda itu. Alai meminta Seli agar membenarkan Munirah tidur di rumah Seli kerana Seli hanya tinggal berdua dengan ibunya.
“ Nak, siapa ibumu?” tanya ibu Seli pada awal pagi itu.
“ Ibu saya bernama Saerah.” Balas Munirah ringkas.
“ Saerah? Tidak mengapa, nanti petang esok Seli akan menghantarmu pulang.” Ujar ibu Seli.
Munirah menggeleng, dia menjelaskan keadaannya sebagai sebatang kara. Ibunya telah meninggal dunia setahun yang lalu. Oleh itu, Munirah
“ Seli, Munirah tu cantiklah.” Sampuk Alai ketika memunggah hasil hutan ke atas meja.
“ Dia memang cantik
“ Takut apa ?” Tanya Alai kehairanan.
“ Aku takut nak meluahkan perasaan aku kepadanya.” balas Seli.
“ Kahwin dengan Munirah ?” ujar Seli dengan terkejut.
“ Ya, kahwin. Itu sahaja cara yang dapat menutup mulut orang kampung.” Balas
“ Tapi, mahukah dia ? Aku tidak mampu untuk menyara hidupnya
“ Itu soal nombor dua. Kau mahu ibu kau susah hati mendengar cerita orang kampung itu ?” soal Alai sambil meneguk secawan kopi yang dihidang Seli.
“ Munirah, ibu sudah tua. Kamu dan Seli juga sudah besar. Apa kamu mahu menjadi isteri kepada Seli anak ibu ?” jelas ibu Seli. Munirah tertunduk diam tetapi mukanya mula kemerah-merahan.
“ Munirah, sudikah awak menjadi isteri saya ?” Seli memegang lembut tangan Munirah. Matanya tidak berganjak daripada merenung jauh ke dalam mata Munirah.
“ Kalau baik bagi ibu, baiklah bagi Munirah..” Jawab Munirah lalu melangkah ke dalam biliknya.
“ Alhamdulillah..” Ujar ibu Seli lagi.
Akhirnya Seli selamat diijab
“ Orang dah ada bini.” Gurau Alai
“ Ha, Kau tu bila lagi ?” jawab Seli sambil tersenyum.
Munirah sudah menanti kepulangan Seli di depan pintu rumah. Seli menyandarkan badannya ke kerusi. Sebentar kemudian Munirah datang dengan membawa sepinggan goreng pisang dan secawan kopi.
“ Ibu mana Munirah ?” Soal Seli.
“ Entahlah bang, mungkin ke bawah rumah barangkali.” Jawab Munirah ringkas.
Setelah menghabiskan goreng pisang yang dihidang oleh Munirah, Seli segera ke kamar tidur. Penat benar badannya pada petang itu. Pada malam itu, ketika Seli hendak menutup pintu rumah, kedengaran bunyi aneh di atas alang rumahnya. Hatinya ingin sekali menyiasat bunyi aneh itu. Seakan-akan bunyi kulit kerbau disiat. Dengan tidak semena-mena bulu roma Seli berdiri tegak lalu lekas beredar ke dalam kamar tidurnya. Entah apa yang menganggu Seli pada malam itu. Dia tidak dapat melelapkan matanya langsung. Setelah beberapa jam
“ Apa yang abang buat ni ? Belum tidur lagi ke ?” tanya Munirah
“ Eh, Munirah. Abang…abang..” jawab Seli tersangkut-sangkut.
“ Jom, temankan Munirah masuk ke bilik bang.” Jelas Munirah memotong kata-kata Seli.
Seli tidak pula menanya ke mana perginya Munirah pada malam itu. Awal benar Seli bangun pada pagi itu. Munirah dilihatnya masih lena dibuai mimpi indah. Dikucupnya dahi isteri yang tercinta. Seli turun ke bawah rumah untuk mengambil kayu api. Ibunya masih lagi tidur. Alangkah terkejutnya Seli apabila melihat tompokan darah yang begitu banyak di belakang rumah. Tompokan darah tersebut menjalar naik ke atas di bahagian belakang dinding rumah.
“ Astargfirullahalazim.” Seli mengucap panjang.
“ Siapa punya kerja ni ?” Getus hati kecilnya.
Seli segera membersih tompokan darah yang berada di sekitar rumah dan di dinding. Puas Seli berfikir, siapakah yang terlalu keji untuk berbuat sedemikian. Mujur ibunya tidak mengetahui peristiwa itu. Munirah tiba-tiba muncul di pintu belakang rumah. Mukanya masam dan seolah-olah marah atas tindakan Seli membersih tompokan darah itu. Seli hairan dengan perubahan Munirah. Munirah jarang keluar rumah pada waktu siang. Jika ditanya mengapa, pasti dijawabnya panas. Munirah juga sering tidur lewat dan sering pergi ke bilik air lewat malam. Sejak ibunya meninggal, pelik benar perangai Munirah belakangan ini. Munirah juga gemar berkunjung ke rumah jiran-jiran kampung yang baru melahirkan anak. Seli kadang-kadang berasa bangga kerana Munirah selalu membantu jirannya. Tapi kelakuannya bila tiba tengah malam amat aneh. Seli tidak gemar untuk menunggu lama oleh itu, dia sering tidur awal daripada Munirah. Munirah akan kembali ke bilik tidur selewat-lewat jam 2 pagi. Alasannya tetap sama, pergi ke bilik air.
“ Abang, kak Milah akan sedang sarat mengandung. Nanti Munirah pergi tengok-tengokkan kak Milah.” Ujar Munirah.
“ Eloklah Munirah. Abang suka Munirah tolong orang kampung.” Balas Seli sambil menjamah nasi yang dihidangkan oleh isterinya.
Kak Milah isteri bang Mail sudah hampir bersalin. Perutnya begitu besar sekali menandakan anaknya mungkin pasangan kembar. Bidan Mah telah bersedia untuk menyambut bayi yang akan lahir. Tiba-tiba bunyi berderap kedengaran dari atap rumah. Bidan Mah dan bang Mail terkejut tetapi bidan Mah tetap meneruskan kerja-kerja membidan kak Milah. Bunyi tangisan bayi memecah kesunyian malam itu. Bang Mail hairan, perkarangan rumahnya berbau sungguh hanyir. Sejurus selepas itu, bang Mail terdengar jeritan bidan Mah.
“ Mail!! Lekas!!” Jerit bidan Mah.
Bang Mail melompat garang ke dalam rumah lalu segera mendapatkan bidan Mah dan isterinya. Alangkah terkejutnya bang Mail apabila melihat seakan-akan kepala manusia berambut panjang sedang menjilat darah yang tumpah ketika kak Milah melahirkan anaknya. Lidahnya panjang sekali, menjilat tompokan darah di atas lantai dengan rakus. Bidan Mah mengucap panjang. Kak Milah memeluk erat bayinya. Bang Mail mencapai sebatang penyapu dan ingin memukul kepala itu tetapi dihalang oleh bidan Mah.
“ Jangan, itu penanggalan, biarkan ia habis. Jika tidak, ia akan mengganggu kamu.” Pesan bidan Mah.
Bang Mail membiarkan sahaja kepala itu menjilat darah yang tertumpah di atas lantai. Setelah habis, barulah bang Mail dapat melihat rupa sebenar kepala terbang itu. Rupanya sungguh mengerikan.
Kisah gangguan penanggalan semakin menjadi-jadi. Dulu kak Milah yang menjadi mangsa. Kini giliran Esah, isteri Rosman. Kepala terbang masuk ke dalam biliknya menerusi tingkap yang seakan-akan terbuka dengan sendirinya lalu menjilat dengan rakus darah yang tertumpah. Rosman sendiri hampir terkencing apabila melihat wajah lembaga yang amat menakutkan itu. Orang kampung kini berada dalam ketakutan. Sesiapa yang hamil dan sarat mengandung pada ketika itu, boleh mengundang kehadiran penanggalan.
“ Syaitan dan iblis memang tidak pernah berhenti menyesatkan manusia.” gerutu Ustaz Hussin. Serban putih yang hampir terlerai ikatan diikatnya semula.
Ustaz Hussin mencadangkan agar rondaan diadakan, untuk memastikan keselamatan kampung. Ketika mereka meronda-ronda kawasan kampung pada waktu malam, Alai telah melihat dengan mata kepalanya sendiri, kepala terbang keluar daripada tingkap rumah Seli lalu menghilang ke dalam hutan. Namun, Alai tidak berani untuk memberitahu sesiapapun tentang perkara itu. Alai cuba memberitahu Seli tentang apa yang dilihatnya pada malam semalam tetapi malangnya Seli hanya menggeleng dan ketawa kecil. Seli menganggap Alai mengantuk barangkali namun
“ Aku dah agak dah.” Ujar Ustaz Hussin tetapi Seli tidak faham maksud Ustaz Hussin itu.
Setelah selesai, Seli memberikan sedikit saguhati kepada bidan Mah. Seli gembira anaknya selamat dilahirkan. Munirah kelihatan agak lemah tapi tersenyum. Mata Seli terpaku melihat bibir dan dagu Munirah yang berdarah. Seli membersihkan bilik itu. Orang kampung berasa hairan penanggalan tidak mengganggu kelahiran anak Seli. Apabila Maimon isteri Jalil hendak melahirkan anak, Jalil meminta bantuan Ustaz Hussin dan orang kampung. Seperti biasa, Munirah tiada di rumah.
“ Mana ada Munirah Seli. Bidan Mah sahaja yang membantu.” Tegas Alai ketika singgah sebentar ke rumah Seli.
“ Apa !? Habis, selama ini apa yang dibuatnya ?” ujar Seli tidak percaya.
“ Itu tubuh Munirah!” bentak Seli.
Seli mengucap panjang. Rupanya-rupanya Munirah bukan seorang manusia tetapi penanggalan, hantu yang sering diperkatakan oleh orang kampung selama ini. Seli mengangkat tubuh isterinya itu ke atas rumah. Setelah itu,
“ Kamu masukkan barang-barang ni dalam bahagian leher isteri kamu itu, nescaya kepalanya akan sukar untuk bercantum semula dengan tubuh. Dan kemudian kita tanam tubuh isteri kamu sebentar saja lagi. Seli, Munirah kamu sebenarnya telah lama meninggal dunia. Cuma ini adalah kerja iblis. Syaitan laknatullah.” Jelas Ustaz Hussin.
Seli membuat seperti yang diarahkan Ustaz Hussin. Setelah itu, mereka bertiga menunggu sehingga Munirah balik. Memang benar, kepala yang terbang itu adalah kepala Munirah. Seli mengintai dari lubang pintu. Hampir tersirap darahnya apabila melihat wajah isterinya yang begitu mengerikan. Penanggalan itu beberapa kali
“ Kerja siapa ni!!?” gertak penanggalan.
“ Hussin..! berani kau ya??” ujarnya lagi.
“ Kau datang lagi. Munirah pula kau jadikan mangsa. Mengapa kau hancurkan hidup Seli?” tanya Ustaz Hussin ke arah penanggalan itu.
“ Aku lapar. Sudah lama aku tidak makan!” jelas penanggalan itu. Matanya sudah merah menyala. Seli ketakutan, anaknya dipeluk erat-erat.
“ Seli, kembalikan anakku!!”
“ Bukan. Ini bukan anakmu, dia manusia. Kau kembalilah ke alam kau Munirah.” Ujar Seli sayu.
“ Seli!!! Aku akan kerjakan kau..jangan ingat aku akan lepaskan kamu semua. Itu anak aku!!” bentak penanggalan.
Ustaz Hussin membacakan sesuatu. Dia memicit lada hitam ke atas bawang putih. Serta-merta penanggalan menjerit kepanasan. Lalu merayu kepada Ustaz Hussin supaya berhenti.
“ Munirah, kau bukan lagi berada di alam ini, bersemadilah kau di alam
“ Seli..anakku..”
“ Munirah, aku akan jaga anak kita. Jangan ganggu kami lagi Munirah.” Pinta Seli.
Penanggalan terbang keluar dari tingkap rumah Seli.